• Sat. Jan 16th, 2021

HAMIZUL ABDUL HAMID

Aku Budak Lenggong

Syawal untuk bermaafan; bukan bermusuhan

Byadmin

Sep 12, 2011

Kecoh! Ditegah bertazkirah. Didakwa berkomplot menjatuhkan seseorang. Saman menyaman. Tuduh menuduh. saling menuding jari. Saling mengadakan sidang media. Orang itu dakwa orang ini, orang ini mendakwa orang itu. Kamu yang salah. Kamu yang gelong. Aku yang betul. Aku yang benar. Kamu pembelit, aku pembela. Kamu mengarut. Kamu mereka cerita. Bla…bla…bla…!

Oh! Apa sudah jadi? Malunya saya. Jiran di perumahan saya yang beragama Buddha dan berbangsa Cina, singgah di pintu pagar. Dia suka bertanya khabar; namun adakalnya selalu juga dia menanyakan soalan yang mencabar. Dia pernah bertanya, kenapa orang Islam suka bergaduh? Buktinya, orang Islam di Malaysia tidak habis-habis berbalah..!

Saya terkedu. Saya tak tau nak jawab. Takkan saya nak bacakan hadis nabi, bacakan ayat Quran. Dia belum beriman kepada ayat-ayat Allah SWT itu. Saya tahu, berdakwah dengan ayat-ayat Allah adalah yang terbaik; namun sekali imbas sukar saya menyuguhkan kefahaman kepadanya menerusi ayat-ayat itu. Kenapa?

Ya, kerana dia mencerna dan apa yang dilihat oleh matanya, didengar oleh telinganya dan dianalisis oleh akal fikirannya, jauh lebih menimbulkan keyakinan dalam benak dan mindanya. Jika saya nyatakan, Islam baik tetapi umatnya yang kurang baik, saya bimbang dia akan mengatakan itu hanyalah satu eskapisme. Jawapan melepas diri, yang tidak mampu melegakan emosinya.

Saya sukar menjawab dalam isu ini. Inikan bulan Syawal. Bulan yang mulia dalam kalendar umat Islam, justeru baharu sebulan ditarbiyyah lewat Ramadan. Berpuasa bagaikan tiada natijahnya, kerana baru sahaja Syawal menjelma, masing-masing sudah menunding jari segala. Ini apa?

Wallahua’lam.

Related Post

Leave a Reply