• Sun. Apr 11th, 2021

HAMIZUL ABDUL HAMID

Aku Budak Lenggong

TALIAN HAYAT AKHIRAT

Byadmin

May 18, 2012

Oleh: Ustaz Hamizul Abdul Hamid
Eksekutif Komunikasi Korporat
Lembaga Zakat Selangor (MAIS)

Apakah yang diperlukan oleh seorang manusia, apabila nyawa sudah di hujung mata? Kala ini, malaikat maut sudah menjelma. Wajahnya manis ibarat teman yang merindu, menyapa kita andai kita manusia bertakwa ketika sihat dahulu. Namun, malaikat izrail menjadi garang mendatangi kita andai kita orang yang lalai dalam agamanya sepanjang usianya.

Di atas dunia ini, hidup manusia selalunya dikelilingi bantuan. Si buta yang mahu melintas jalan, selalunya aka nada orang yang memimpinnya. Si bisu dan si pekak yang tidak bisa berbicara secara normal, diajar bagaimana mengisyaratkan bahasanya. Orang-orang yang sakit dan terlantar di hospital, ada jabatan khusus yang membantu mereka. Bahkan warga emas tanpa pembela, ada pula rumah istimewa buat menyantuni mereka.

Dalam erti kata lain, ini semua adalah talian hayat buat manusia di dunia. Semuanya ada kira-bicaranya. Apatah lagi jika seseorang itu tinggal di dalam sebuah negara yang kaya dan kerajaannya pula sentiasa menjaga dan prihatin akan nasib rakyatnya, maka pendidikannya ditaja, diberikan pelbagai insentif dan galakan agar mereka terus berjaya.

Sekali difikirkan, kehidupan di dunia ini mudah sahaja bagi kita melaluinya. Tiada yang mustahil. Apa yang perlu ialah kesungguhan hati, kecerdasan mental, ketangkasan fizikal dan keutuhan spiritual. Jangan membujur lalu melintang patah, apa yang lalu semua diratah. Asalkan halal dan tidak mendatangkan mudarat, ambillah dan rebutlah.

Nabi Muhammad SAW ada menyatakan: “Sesungguhnya dunia itu manis. Dan sesungguhnya Allah telah menguasakannya kepada kamu sekalian. Kemudian Allah menunggu (memperhatikan) apa yang kamu kerjakan (di dunia itu). Kerana itu takutilah dunia dan takutilah wanita (jangan sampai tertimpa dosa kerana wanita), kerana sesungguhnya sumber bencana Bani Israil adalah wanita.” (Hadis Muslim daripada Abu Said al-Khudri r.a)

Oleh itu, kita rasanya tidak perlu terlalu khuatir akan kehidupan dunia ini. Asalkan hidup ada pedoman, sauh tak putus dan layar tak patah, maka berkelanalah menuju redha Allah.

Benarlah lirik sebuah nasyid dendangan Nada Murni yang tajuknya ‘Buta Mata’ dengan liriknya:

Bersambung…

Related Post

Leave a Reply