• Sat. Jan 16th, 2021

HAMIZUL ABDUL HAMID

Aku Budak Lenggong

Terkenang Semasa Dulu… ‘Abang Yang’

Byadmin

Jan 27, 2010

Saya punya empat anak, dua lelaki dua perempuan…dua pasanglah. Along paling cool, mungkin sebab dia anak sulung, lagi satu dia suka berimaginasi dan suka membaca…sama macam abi dialah (he…heh…). Abang Yang pula anak yang paling banyak mulutnya setakat ini. Dia pandai ambik hati orang, bermulut manis dan pandai bercerita. Waktu kecil dahulu, saya rasa Abang Yang lah yang paling kuat bila berteriak (nangislah…), memang bingit dibuatnya. Tarikh lahirnya pun paling cantik…001123…
 
Abang Yang ni masa mula-mula masuk sekolah ialah di Pasti Serendah. Dia rapat dengan kawan-kawan di sana dan pernah jadi favourite player masa wakil sekolah di dalam Futsal Games…badannya cinoni tapi pandai menggelecek. Semasa pindah KL, antara perkara yang merungsingkan saya dan isteri ialah persekolahannya. Abang Long rasanya dah boleh coupe dengan suasana, kerana Abang Long dah masuk tiga sekolah, first Pasti, second SRIP di Desa Melawati dan Third Al-Amin di Rawang. Lagi pun Abang Long cool…
 
Betul! Gamat satu sekolah, abang Yang menjerit sakan sejak hari pertama persekolahannya. Umi tidak dibenarkan balik. Saya dan isteri terpaksa memujuk tapi ‘tak makan’ melainkan kami lari curi-curi balik…sama sahaja, baik di sekolah kebangsaan mahu pun di sekolah agama. Sampai hari ini, bila saya bertemu guru-guru di sekolahnya, mereka kenal saya bapa Ihya’ Hakim…murid yang kuat menangis tapi la ni dah jadi amat friendly dan favourite student di kalangan guru-guru.
 
Alhamdulillah, Abang Yang telah membuktikan dia bukan sekadar kuat menangis semasa mula-mula sekolah; bahkan otaknya pintar. Syukur kerana Allah berikan dia akal yang cerdik…nah, inilah antara gambar yang sempat abi ambil semasa majlis Ihtifal di sekolah agamanya (Abang Yang dapat nombor dua di sekolah kebangsaan dengan terbaik subjek Bahasa Arab dan nombor satu di sekolah agama dengan terbaik empat subjek)…Congratulations Abang Yang!

Nota: Catatan ini pertama kali saya loretkan di blog http://u-hah.blogspot.com pada 11/6/2007

Related Post

Leave a Reply