• Mon. Jan 25th, 2021

HAMIZUL ABDUL HAMID

Aku Budak Lenggong

Terkenangkan saat di Indonesia

Byadmin

Nov 29, 2010

Sejak pertama kali merasa melawat Indonesia pada tahun 2009, saya menjadi begitu sentimental dengan bumi Bung Karno ini. Entahlah, bagi setengah orang, mereka malas untuk berkunjung ke Jakarta lagi. Alasannya, Jakarta terlalu padat. Sesak dan merimaskan. Saya akui, Jakarta memang bandar raya yang sesak dan kota yang padat. Namun, di sebalik keserabutan ini, saya dapati ada suatu keindahan di sebaliknya. Apa dia?

Foto: Penganan kami pada malam pertama di UI, Depok…sedapnya…

Sukar saya gambarkan; tetapi saya sukakan Indonesia. Saya suka kerana di sini saya boleh melihat suasana rakyatnya yang rajin berkerja. Memang ada peminta sedekah; tetapi majoritinya mereka berdaya usaha menjalankan pekerjaan. Saya selalu menyatakan, jika kita berkerja maka kita akan ada kerja; tetapi jika kita asyik mencari kerja, maka kita akan ada pengangguran. Bagi saya, majoriti rakyat Indonesia khususnya di Jakarta yang padat itu, mereka adalah manusia yang berkerja dan bukannya mencari kerja.

Lagi satu, saya sukakan jati diri mereka, khususnya dalam bab berbahasa. Bagi saya, orang Indonesia menggunakan bahasa Melayu dengan betul. Mereka tidak seperti kita yang beraksen-aksen berbahasa Melayu. Suka mencampur-adukkan antara bahasa Melayu dan Inggeris. Bila berbahasa Melayu, bunyinya pun tidak baku. A berbunyi ‘e’. Bagi saya, kita menghilangkan keaslian bahasa Melayu.

Mungkin juga, kerana di Indonesia saya dapat menikmati keindahan bumi Allah SWT yang tiada di Malaysia. Apa dia? Keunikan masyarakatnya dalam meneruskan kehidupan. Mereka membina sawah di lereng bukit, masih berkereta kuda di tengah bandar dan beberapa elemen lain yang semakin pupus di negara kita.

Lagi…mungkin di sinilah saya merasa menjadi orang kaya. Yalah, dengan membawa RM1,000 pun sudah menjadi jutawan. Tetapi berbaloi, kerana hasil kerja tangan mereka kemas dan cantik. Saya suka ke Kompleks Tanah Abang yang menempatkan jualan gudang di Jakarta (dipanggil grosir), banyak pilihan telekung sehinggalah ke baju anak-anak yang sukar dicari di Malaysia.

Lagi, kerana di Indonesia ini juga syurga buku bagi pencintanya seperti saya. Gedung bukunya besar dan koleksi bukunya begitu banyak untuk diterokai. Saya semakin enak membaca dalam bahasa Melayu versi Indonesia. Lagi pun, penulis tersohor kebanyakannya kelahiran Indonesia. Dengan harga yang murah, saya jadi gila membeli buku dan gila juga membacanya. Saya berangan-angan untuk menziarahi Pesta Buku Islami pula pada tahun hadapan di Jakarta yang sudah saya miss tahun ini dan tahun lepas.

Lagi satu, di sini kita boleh memiliki CD asli artis yang kita minati, misalnya Opick dan lain-lainnya dengan harga yang murah….

Em…banyak lagi sebab. Tak lupa juga, kerana setakat ini saya berpuas hati dengan kemesraan dan keramahan orang-orang Indonesia khususnya di Jakarta. Mereka tidak sombong dengan saya, walaupun mereka kaya!

Insya-Allah, 24 hingga 26 Disember 2010 ini, saya akan ke Jakarta lagi. Kali in, saya akan membawa dua orang anak saya pula…insya-Allah, Jakarta…nantilah kedatangan kami nanti!!!

Foto-foto kenangan saat kunjungan ke Indonesia, Mei 2010 lalu:

Di Tanjur, ubi keladi dijual secara terbuka di tepi jalan (Saya teringat, jika di KL mungkin dah kena angkut dah ni…he…he…)

Di Bogor dan sedang bersiap untuk ke Institut Pertanian Bogor (IPB)

Bogor Agricultural Universiti alias IPB…

Makanan Jawa yang kering dan tandus…tak ada kuah dan memaksa saya menggunakan air mineral sebagai kuah…this is my beloved wife, Dr Ismarul…

Saya dan Hanim di hadapan Wisma Makara, hotel penginapan kami di dalam kawasan kampus Universitas Indonesia…memang hijau, rimbun dan menyamankan…

Sebahagian anggotan rombongan kami yang terdiri daripada pelajar pasca siswazah UKM dan Hj Jamil (my best friend) bergambar di hadapan Monas…saya tukang snap gambar ni, cantik tak?

Di hadapan Masjid Istiqlal, Jakarta

Di perkarangan Masjid Ibu Hj Dia al-Mahri di Depok atau lebih dikenali ‘Masjid Kubah Emas’

Makan nasi padang bersama sahabat ‘Abang Ramli’ suami Dr Nini

Dr Hida di hadapan replika Chandi Borubudur di Taman Mini Indah Indonesia (TAMINI)

Bersama teman baik saya di Indonesia, Mas Iswandi dan Hj Jamil di hadapan kompleks Fakultas Kesehatan Masyarakat, UI

Berfoto kenangan di hadapan bangunan pentadbiran utama di UI…best kat sini!!!

Related Post

Leave a Reply