• Sun. Apr 11th, 2021

HAMIZUL ABDUL HAMID

Aku Budak Lenggong

Trip To Sarawak Part 2

Byadmin

Mar 14, 2010

Aduhai…malam semalam anak keempat saya si Husna menangis aje. Kata isteri saya, mungkin berubah rumah. Jenuh juga nak mententeramkan dia. Susu botol pun dah tak jalan. Jika tak sabor, memang nak kena penampor…sabor yeop sabor. Menjelang pukul 5 pagi saya ambil keputusan untuk terus bangun tidur dan be prepared untuk solat Subuh. Di Kuching ni, jam 5.37 dah masuk Subuh.

Kira-kira jam 9 pagi kami memulakan perjalanan ke Sariken dalam daerah Bau, Sarawak dan bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia. Kata Abang Yasser, di sinilah tempat barangan Indonesia dijual dengan harga murah. Barang yang sama mungkin berharga RM80 di tempat lain; namun di sini hanya semurah RM50 bahkan mungkin lebih murah jika pandai tawar-menawar. Pelbagai macam barangan ada dijual di sini. Saya membayangkan tempat ini seperti Kompleks Barangan Bebas Cukai di Bukit Kayu Hitam, Kedah. Salah…ia adalah sebuah kawasan jualan secara terbuka dalam kawasan kampung…memang best!

Setelah melalui perjalanan kira-kira sejam menempuh pelbagai kampung di Sarawak ini, akhirnya kami tiba juga. Ramai sungguh orang yang datang, begitu juga para peniaganya. Saya menganggarkan kawasan berjualannya hampir mencecah dua kilo meter…memanjang begitu. Antara barangan yang menarik perhatian saya ialah beg untuk mengisi komputer bimbit dan juga pakaian. Memang murah. Sebuah beg note book yang asalnya berharga lebih RM60 dapat RM50. Baju jaket BOSS yang berharga mahal dapat dibeli pada harga RM45 sahaja. Frame cermin hiasan bentuk Oval dari kayu jati pula, jika ditempat lain mungkin mencecah RM100…dapat RM50 je! Penyudahnya…hangus juga le dalam RM500 duit saya.

Keluar dari kawasan Kampung Sariken itu kami singgah melihat jualan kampung, iaitu buah-buahan, pokok hiasan dan sebagainya. Kami membeli sejenis buah dinamakan Belimbing tapi langsung tak ada rupa Belimbing, so saya kata ia Belimbing Sarawak le. Kulitnya masam dan isinya seperti buah Rambai atau Buah Merekai kalu di tempat saya di Lenggong lah. Abang Yasser juga membeli pulut yang dimasak di dalam Periuk Kera…ada saya ambil gambarnya, nantilah saya up-loadkan. Dan di sinilah pertama kalinya saya dapat melihat ulat sagu yang dimakan hidup-hidup oleh orang Sarawak seperti dalam TV tu. Kata nenek yang jual ulat tu, ulat sagu  itu buleh juga digoreng…he…he…nak cuba?

Balik dari Sariken, kami juga singgah di tempat membuat pasu Sarawak…yang pernah masuk dalam TV8 dulu tu. Saya dah malas nak membeli apa-apa…pitih pun dah hampir habis sebenonya, so bila anak ketiga saya si Huda meminta key chain hiasan replika kucing…saya minta Uminya yang bayorkan he…he…

Related Post

Leave a Reply