• Sun. Jan 24th, 2021

HAMIZUL ABDUL HAMID

Aku Budak Lenggong

Trip To Sarawak Pt 5

Byadmin

Mar 17, 2010

img_2706Pagi ini kami merancang untuk tidak pergi ke lokasi yang jauh, sementelah adik ipar saya si Muzammil terpaksa pulang awal ke Kuala Lumpur, penerbangannya jam 3.05 petang. Abang Yasser mencadangkan agar kami ke Petrajaya dan mencuba kek lapis di sana. Kami bersetuju sahaja.

Kira-kira jam 9 pagi kami pun memulakan perjalanan. Kami singgah terlebih dahulu di Taman Sahabat yang terletak di Jalan Song (gambar sebelah). Taman ini adalah tanda simbolik persahabatan antara negara Malaysia dan Cina yang telah terjalin sekian lama dan pembinaannya ditaja oleh sebuah syarikat dari Negara Cina. Tugu Laksamana Cheng Ho menyambut ketibaan kita di situ. Kami tidak berlama-lamaan kerana destinasi kami yang sebenarnya ialah ke tempat lain. Lagi pun Abang Yasser mencadangkan agar kami ke taman itu lagi pada sebelah petangnya dan memberikan ikan makan. Lagi pun pada sebelah petang akan dipasang air pancut dan nyalaan neon pastinya menambah seri dalam remang-remang senja nanti.

Kemudian kami melanjutkan perjalanan, Abang Yasser menunjukkan lokasi Kuching Specialist Hospital tempat beliau bertugas. Kami melewati DBP Sarawak dan rasanya tak rugi jika singgah, manalah tahu ada buku yang menarik untuk dibeli. Saya sebenarnya mencari kitab terjemahan Wahbah Zuhaili Jilid ke-2; tetapi sayang tak ada. Lalu saya membeli buku Sasterawan Negara Dr Anwar Riduan, Naratif Aghonsoto yang menurut abang ipar saya, berbaloi sangat untuk dibaca.

Dalam perjalanan itu kami juga melewati Masjid Negeri Sarawak dan Bangunan DUN yang lama. Akhirnya kami tiba di Kampung img_2413Gersik, iaitu untuk mencuba Kek Lapis Dayang Salhah yang menurut abang ipar saya sangat popular di kalangan pengusaha kek lapis lain.

Memang berbaloi, para pelanggan dijamu untuk menikmati kek lapis daripada pelbagai rasa. Ada rasa rempah, strawberry, coklat, kopi dan macam-macam lagi. Kami apa lagi, benda free…he…he…belasah ajelah. Cumanya air tak ada, baru masuk beberapa ketul dah ‘terjelik’ kata orang kampung saya…nak tercekiklah maknanya. Air ada…kat luarlah, kena beli.

Muzammil yang akan balik awal memborong banyak juga. Di sini, jika membeli 10 kek lapis dapat satu percuma. Kebanyakannya berharga RM10 satu, melainkan yang mahal sikit, jika perasanya lebih special. Kek lapis buah-buahan misalnya berharga dalam RM20.

Dalam pukul 2.00 petang kami menghantar Muzammil ke lapangan terbang. Jam 6.00 petang kami keluar lagi dan kali ini di samping memberi ikan makan di Taman Sahabat, kami juga menyinggah solat dan makan malam di Restoran Ayam Penyek…wah, it’s really marvellous…memang sedap bangat. Tak rugi pergi ke situ…

Related Post

Leave a Reply