• Sat. Jan 16th, 2021

HAMIZUL ABDUL HAMID

Aku Budak Lenggong

Ustazah seksi…auwww!

Byadmin

Jul 28, 2009

Apa ni? Jangan mengarutlah. Betuuul…saya menulis benda betul. Al-kisahnya, bagi mereka yang berkerja di sektor agama sama ada di Jabatan Agama Islam, Majlis Agama Islam, Pejabat Agama Daerah dan sebagainya, maka gelaran ustaz dan ustazah adalah lumrah. Pernah, seorang kawan saya mengadu: “Alamak syeikh, diaorang panggil aku ustaz…susahlah macam ni!”

Sebenarnya, menjawat apa-apa jawatan di sektor agama adalah murni. Seperti mana saya, menjawat jawatan amil zakat, bagi saya sangat mulia sekali di sisi Allah, Rasulullah dan manusia. Ini kerana, saya melakukan kerja-kerja yang menjurus terus kepada kemuliaan agama, menegakkan rukun Islam dan mendaulatkan syariat Allah di atas muka bumi ini. Sama…samalah juga bagi mereka yang berkerja di bahagian mana sekali pun, waima seorang pemandu bas, jurufoto, pakar IT dan tukang cari fail! 

Boleh dikatakan, masyarakat awam memandang tinggi kepada kami yang duduk di sektor agama. Gelaran ustaz dan ustazah sentiasa di bibir mereka. Sebab itulah, saya amat malu jika ada di kalangan kakitangan sektor agama yang gagal menyerlahkan akhlak muslim sebenar. Misalnya mengeluarkan tutur kata yang berbaur kotor dan lucah (rafas) dan berpakaian yang agak seksi!

Adalah amat malang, jika ada di kalangan ‘ustazah’ yang mengenakan busana yang tidak secocok dengan kehendak agama. Mari saya berikan beberapa contoh ‘real’:

1. Pakaian jarang – sehingga menampakkan pakaian dalam dan kulit lengan
2. Pakaian agak ketat – menzahirkan bentuk badan dan menimbulkan fitnah
3. Terlalu berfesyen – sehingga menenggelamkan niat sebenar menutup aurat dan timbul berlumba-lumba menzahirkan kehebatan
4. Berbelah – aik…ada juga…? Kata Datuk Ismail Kamus…ini fesyen ‘Halal dan Haram’
5. Bertabarruj – ada…susah nak bayangkan, kena ambil gambar dan ‘bubuh’ kat sini
6. Berwangi-wangian – pun ada, mungkin mereka masih tidak ketemu larangan daripada Nabi SAW…kasihan

Banyak lagilah. Alakullihal, siapa nak tegur para ustazah seksi ni? Anda fikirlah sendiri!

Related Post

Leave a Reply