• Fri. Jan 22nd, 2021

HAMIZUL ABDUL HAMID

Aku Budak Lenggong

Wahai umara…

Byadmin

Apr 27, 2011

Sarjana Islam Ibn ‘Arabi dilaporkan pernah berkata, ada dua institusi utama yang mampu mempengaruhi senario negara. Dua institusi ini ialah UMARA dan ULAMA. Baik dua kelompok ini, maka baiklah negara; jika sebaliknya, maka rosaklah negara.

Inilah, perkara yang amat membimbangkan kita. Malaysia hari ini sudah seperti hilang sensitiviti. Isu lucah dan fitnah tersebar ke seluruh pelosok negara. Ia disebarkan oleh akhbar dan media perdana. Tiada satu pun larangan daripada pihak berkuasa. Adakah ini pertanda UMARA menyetujuinya?

Umara mesti mempunyai komitmen yang jelas terhadap keperluan rakyat. Mereka tidak boleh membiarkan rakyat menjadi kacau-bilau dengan kemelut yang ada. Umara yang bertakwa, akan segera memainkan peranan menghentikan semua kekacauan ini.

Sayangnya, matlamat politik dan kepentingan peribadi sering mengatasi keperluan ummah. Secara peribadi, hal ini amat mengecewakan. Biarlah mereka (ahli politik) berperang; tetapi jangan rosakkan rakyat.

Malu rasanya bila anak-anak kecil menyoal kita, apakah yang terjadi hari ini suatu yang nyata atau ada apa-apa sebenarnya. Bagaimanakah kita hendak menjawab, kerana jika kita menyatakan ‘YA’ sedangkan ia tidak nyata. Jika kita memberikan jawapan berbentuk ‘ANDAIAN’, maka ia pasti tidak adil kepada semua orang.

Jawapan sebenarnya, kembalilah kepada agama. Agama tidak sesekali merestui tindakan seperti ini. Bukankah ayat al-Quran dan al-hadis amat banyak mengingatkan, agar kita ‘MENUTUP KEAIBAN’ sesama saudara seagama. Mereka yang membuat kemaksiatan itu memang BERDOSA; tetapi jangan sampai kita pula yang berdosa kerana menyebarkan keaibannya kepada semua manusia!

Related Post

Leave a Reply