Ziarah Makcik di Melaka

Sudah lama tidak menziarahi Makcik Tipah di Melaka. Makcik Tipah adalah ibu tiri saya dan merupakan isteri kedua Abah Hamid selepas emak. Selain Makcik Tipah, Abah Hamid juga mempunyai seorang lagi isteri iaitu Makcik Fauziah. Selepas berpisah dengan emak, abah menikah dengan Makcik Tipah.
Di Masjid Pulau Melaka menghadap Malacca Straits
Di Masjid Pulau Melaka menghadap Malacca Straits

Bersama Makcik Tipah abah mendapat empat orang anak.air max 97 pas cher Kak Long Fizah, Angah Ana, Ahmad dan Suhaila. Semasa kecil, saya malu untuk berjumpa dengan adik-adik berlainan ibu ini. Apabila masuk ke sekolah menengah perhubungan agak baik. Apabila saya belajar di Bangi, kemesraan makin berputik. Saya rajin juga menziarahi mereka di Melaka.

Apabila berkahwin dan mempunyai lebih komitmen, masa dan wang kian terfokus untuk pulang ke kampung. Perhubungan dengan adik-adik dan ibu tiri saya di Melaka kian renggang. Sementelah Abah Hamid pula mengambil keputusan pulang ke kampung dan menetap di Lenggong, bersama Makcik Fauziah. Saya makin kurang alasan untuk ke Melaka.

Beramai-ramai bergambar di Stesen Menara Taming Sari...mahei noo tiketnye!
Beramai-ramai bergambar di Stesen Menara Taming Sari…mahei noo tiketnye!

Dalam bulan Mac tahun 2008, saya menghadiri sebuah kursus di Melaka. Waktu senggang saya cabut lari menjengok Makcik Tipah di Peringgit. Terasa bersalah pula langsung tidak menjengok, walhal sudah dekat. Terkejut saya, kini saya sudah ada anak buah, Anis namanya…kira-kira agak sebaya atau muda sedikit daripada Huda. Anis anak Angah Ana, anak kedua Makcik Tipah.

Saya dapat rasai, tunas kasih-sayang yang sudah layu kembali menyulur. Saya wajar membajainya, apatah lagi mereka juga adalah darah daging saya.air max 97 pas cher Mengenangkan Abah Hamid sendiri sudah tidak betah pulang ke Melaka, maka kehadiran saya seakan-akan menggalas kerinduan mereka kepada ‘babah’…ya, wajah saya saling tak tumpah wajah Abah Hamid.

Raya Puasa 2008 lalu, di penghujungnya saya mengajak famili makan angin ke Melaka. Kami ke rumah Angah Sahak dahulu di Senawang. Alang-alang sudah berjalan, terus sahajalah ke Melaka.

Kami bermalam di Melaka. Makcik Tipah bukan main gembira. Kak Long Fizah dan adik-adiknya yang lain turut ceria menerima kehadiran kami. Tidak lupa adik ipar saya…suami Angah Ana. Kami berjalan sakan di Bandar Hilir.air max 97 pas cher Melihat Menara Taming Sari, menziarahi Masjid Pulau Melaka dan melawat tiga muzium di sana…Muzium Samudera 1 & 2 dan Muzium TLDM.

Kebetulan anak Maktih Sidah si Azwan dan anak Maktam Tipah Si Ila ada sama…saya dapat rasakan tautan kemesraan kala itu. Rasa kami bersaudara, walau suatu masa pernah dijarakkan suasana.http://www.sneaker2018.fr/

Leave a Reply